14 OKTOBER 2014
walau keletihan usai Subuh , diri digagah demi memastikan adik adik ini mampu menyiapkan presentasi mereka untuk dibentang hari ini . semalam aku tidur tak lena memikirkan kasihan jika mereka tidak sempat membuat sehabis baik . aku yakin mereka bersungguh tetapi keterbatasan waktu dan kemampuan mereka yang baru belajar membuatkan mereka ada yang masih belum berganjak dari slide dua . aku cuba membantu bagi yang menaip lambat cuba untuk aku taipkan , mana yang teragak agak mahu masukkan animasi , aku pegangkan tangan mereka dan menolak tetikus bersama . ada yang hampir siap dan aku puas melihat hasil kesungguhan mereka . malah ada yang minta masa lebih untuk menambah cerita . Allahu . ketabahan mereka aku tabik hormat .
cukup masa untuk anak anak perempuan menyiapkan presentasi , aku pula yang gelabah . aku pusing satu komputer ke satu komputer yang lain memastikan semua telah selesai . aku save kan satu persatu supaya tak ada kes seperti semalam yang terpadam presentasi mereka sampai menangis kerana perlu dibuat semula .
sesi pembentangan mula lebih kurang jam 9 pagi . hampir kesemua mereka berpakaian kemas dan cantik untuk pembentangan hari ini . bagus betul adik adik ini , mengaplikasi apa yang diberitahu Kak Syiera sewaktu slot komunikasi petang semalam . satu demi satu kumpulan dipanggil . pada mulanya ada yang malu malu untuk ke hadapan . tak kurang juga yang bingkas maju ke depan bila dipanggil . jujur . aku cukup berpuas hati ! pelajaran yang cuma satu hari bisa dikuasai dengan peratus yang cukup tinggi . masha Allah . luar biasa hebat kalian semua ini anak anak syurga ! slide yang cukup bagus . komentari biasa hanyalah berkenaan pemilihan corak latar belakang dan warna tulisan . ada yang membaca terus daripada powerpoint namun ada juga yang mampu menyampaikan apa di kepala . bagus sekali . malah ramai yang mampu menggunakan struktur yang baik seperti
"terima kasih kami ucapkan kepada kakak dan abang kerana memberikan kami peluang..."
"mulanya kami mohon maaf jika ada yang silap...."
"maaf kerana rakan saya gementar untuk membentang..."
ada yang lari ke bilik ketakutan namun lepas dipujuk rupanya dialah yang paling bagus membentang di hadapan . aku terlalu kagum dengan kehebatan mereka dan bersyukur . penat lelah semalam terbalas melihat hasilnya luar biasa hebat . aku fikir terlalu sedikit aku beri . tapi adik adik ini sangat cepat menguasai . betullah . jiwa mereka yang membawa Al Quran di dada sangat lapang , lantas mudah menerima ilmu . Allahu . setiap kami cuba memberi komentar terbaik setiap kali selesai setiap pembentangan dan kami doakan agar mereka di masa hadapan mampu pergi lebih jauh daripada sekarang . terbayang wajah seorang seorang ini punya masa depan cukup cerah . mudah mudahan Allah perkenankan impian mereka yang tinggi melangit .
objektif utama sudah tercapai ! IT dan kemahiran komunikasi dan pembentangan telah berjaya dengan cemerlangnya . Alhamdulillah ya Allah . lapang sedikit rasa tubuh dan otak . sekarang masanya untuk kita bersuka suka dengan adik adik . treasure hunt di waktu matahari terik selepas zohor bukanlah penghalang . satu stesen ke stesen yang lain cukup menggembirakan mereka . aku puas bergelak ketawa bertugas di stesen "drawing relay" . hatta muka aku, muka Pak Hamdani dan muka fasilitator lain pun mampu mereka teka . hebat hebat . sewaktu permainan kemuncak iaitu perang air , aku lihat masing masing memang berani mati , lelaki dan perempuan sama ! kalau dibanding dengan sewaktu aku bermain dulu semua lebih kepada bertahan tak mahu kertas sendiri basah . tapi mereka ini apa jadi pun jadilah asal ke bendera lawan supaya menang . gurau gurau kami
" diorang ni memang jihad fisabilillah habis , redah je tak kisah "
dalam gelak tawa , dalam maknanya . mereka sudah biasa susah , tak kenal erti takut dan mengalah . yang penting matlamat mereka tercapai , sungguh , tak heranlah mereka benar benar kuat dan bersemangat untuk lalui hidup mereka yang susah , Allahu . sekali lagi mereka berjaya tembusi hati aku .
semua kami sebenarnya paling tidak sabar aktiviti LDK malam ini . 20 tanglung bakal diterbangkan ke langit . kami yang sudah besar sewaktu bermain pun jakun bagai nak rak . tak sabar melihat reaksi adik adik . mulanya mereka tak percaya,
"boleh terbang ke abang?"
bila kami naikkan satu contoh wajah mereka berubah keseronkan . dan kami bantu mereka menaikkan satu demi satu tanglung . harapan dan impian ditulis di situ , dinaikkan ke langit sebagai simbolik cita cita mereka setinggi angkasa yang mahu dicapai . ada yang mahu menangis kegembiraan . dan aku belum pernah lihat mereka segembira itu ya Allah . hati kecil ku menangis melihat betapa bahagianya wajah mereka . malam itu indah sekali langit dihias berpuluh tanglung harapan anak anak syurga .
tamat permainan tanglung tersebut , ramai masih belum puas . kami bawa mereka semula ke dalam surau untuk menyambung LDK selanjutnya , telefon karat . mereka keseronokan lalu masih dibawa tenaga yang tadi ke permainan ini walau aku sendiri sudah benar benar keletihan , kesakitan . tapi diri digagah senyum . bukan mahu hipokrit , tetapi tak mahu pentingkan diri sendiri . ditambah bila ada yang beritahu ura ura keputusan peperiksaan akhir semester lepas sudah keluar . aku terpaku sebentar tapi menyembunyikan perasaan risau yang teramat . aku duduk di akhir barisan anak perempuan sambil memegang tangan Husna , anak hafizah yang paling aku rapat . aku minta dia turut doakan aku . kerana aku tahu doa anak solehah sepertinya pasti Allah dengar , jiwanya dekat dengan Allah . bezanya dengan aku .
Allah . hari ini aku lihat dengan mata kepala sekumpulan manusia luar biasa pada pandangan mata hamba . yang kekuatan mereka , kecelikan hati dan akal mereka , kesyukuran mereka , luar biasa . terima kasih atas pelajaran hebat ini .

















No comments:
Post a Comment