Alhamdulillah hari ini agak lapang kebetulan adik adik perlu ke kelas seperti biasa ujar Pak Hamdani . tambahan hari ini akan diadakan aqiqah yang semuanya diuruskan oleh orang kampung . Pak Hamdani juga mencadangkan kami untuk bersiar siar melihat bandar Lhokseumawe . Alhamdulillah walaupun cuma menaiki angkut , kami bertiga belas dapat "disumbat" ke dalamnya tanpa masalah . bukan selalu merasa pengalaman seperti ini .
mulalah sesi membeli belah kami kerana harga di sini jika dibanding dengan nanti di Banda Aceh ujar Pak Hamdani lebih murah . bandar ini tidaklah besar mana tapi seronok melihat suasana Islam yang hidup di sini . orangnya cukup tertarik jika tahu kami orang Malaysia . dan tidak menyangka sewaktu di sebuah kedai kopi , malah ada yang mengambil gambar . kebetulan terdapat wartawan akhbar di situ lantas dia tertarik dengan program kami dan menemu bual untuk disiarkan di akhbar . di sini apa yang aku cari tentulah mahu merasa kelainan kopi di sini . peminat kopilah katakan . dapat juga aku merasa masakan Mee Aceh .
dan malam yang paling aku tak mahu pun bermulalah . kami mulakan dengan acara persembahan daripada semua komiti lagu permata dunia , lagu tema MMU . lantas ada adik yang sudah mula menangis . aku masih menyimpan kesedihan . persembahan demi persembahan . silap mata , acapella , tarian , bercerita , berpuisi , semuanya berbakat sekali anak anak Ar Raudhah . puisi dan nyanyian juga dipersembahkan oleh komiti . di persembahan terakhir , puisi ketua delegasi kami , tak semena air mata aku jatuh . bahkan ucapan Pak Hamdani turut menyentuh hati apabila beliau meluahkan rasa kesyukuran mereka yang tak terhingga . sedang aku dalam hati mengucap syukur tak terhingga dipertemukan anak anak syurga ini .
Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran sejumlah lebih 64.05 juta diserahkan kepada Pak Hamdani untuk tujuan utama pembesaran dapur di rumah ini agar lebih teratur rutin makan anak anak ini. terima kasih rakyat Malaysia yang menyumbang . cuma Allah yang mampu membalas jasa kalian . moga jadi saham di akhirat kelak .
dan majlis diakhiri dengan nyanyian lagu tema Laskar Pelangi . dan masa itu aku sudah tak mampu melindung perasaan lagi . serba salah dibuatnya . seharusnya aku memujuk adik adik yang tak berhenti menangis . tapi aku pula yang terlalu emosi . sampai tak menahan lalu aku ke tingkap mengalirkan air mata di tepi itu tak mahu adik adik lihat . aku pilu sekali saat Rika menghampiri aku lantas memeluk dan mengucap terima kasih kerana menyedarkan dia tentang dia perlu bangkit untuk masa depannya . dan beberapa lain datang . seorang demi seorang aku rangkul sekasihnya . sungguh aku hati aku teramat kuat ikatan di sini . tak mampu diluah dengan kata kata . aku belum pernah seemosi ini . entah berapa lama akan aku mampu dibayangi memori. aku tak tahu . yang pasti tersemat kuat dalam hati , aku akan kembali , dengan izin Tuhan , pasti .


No comments:
Post a Comment