Monday, October 20, 2014

Travelog Peuehaba Aceh 6 : (Hari 2) Sabar yang Aku Baru Belajar

13 OKTOBER 2014

awal pagi bersemangat ke Subuh seperti ditolak aura luar biasa bersemangat menapak kaki . pagi ini aku perlu mengajarkan IT . otak mula mengingat ngingat kembali apa yang diajar sewaktu induction . ulangkaji huruf turut dilakukan . risau kalau kalau ada adik yang tidak faham apa yang aku ajar . masuk ke bilik komputer itu , aduhai aku berfikir banyak kali . muatkah aku mahu berdiri dalam ini ? bagaimana pula anak anak itu nanti kasihan mereka berpanas berhimpit dalam ini ? tapi mereka gigih sekali . berlari mahu belajar komputer . kerana jumlah komputer yang tidak mencukupi kami tambahkan juga dengan laptop masing masing agar tidaklah terlalu padat untuk satu komputer . Allahu runtun hatiku sekali lagi . bandingkan dengan aku , tak tercapai akal mahu belajar dalam dalam keadaan sebegini . bersyukur sekali mereka dengan apa yang ada . di celah ruang yang ada aku bergerak ke depan ke belakang ke depan ke belakang membantu adik adik ini belajar daripada tidak tahu pegang tetikus sampai mampu mengetik aksara . letih . jujur letih perlu berteriak melawan suara masing masing dan menarik perhatian ada yang agak menarik muncung panjang tak mahu belajar . susah katanya . kasihan adik ya . kalaulah kakak mampu bantu semuanya jadi mudah . kakak hanya mampu doakan pelajaran ini Allah permudahkan buat adik . gembira juga hati bila ada yang mampu belajar pantas sekali .









adik adik lelaki masa ini sedang melakukan LDK 1 mereka , apa yang semalam kami telah jalankan .






kepenatan menjadi "guru" tak bertauliah terubat saat menjamah makanan enak enak belaka . aku fikir di sini aku mungkin boleh turunkan berat tapi lain jadinya . semua makanan tak mampu ditolak . alahai mewah lemak kalau begini . konon makan pagi , tengahari tak makanlah . aiseh perut mendayu lapar , semua pun telanlah . Alhamdulillah Kak Maz juga sudah beransur sihat daripada demam panasnya . berkesan juga ya air kelapa yang Pak Ramlan beri semalam . oh lupa pula . semalam aku ke kedai di hujung jalan itu . borong habis semuanya gara gara lapar dahaga . sudahlah murah . apa lagi semua pun belilah . dalam perjalanan pulang Pak Ramlan panggil dari depan rumah untuk menikmati air kelapa . mudah sekali orangnya ramah dengan kami . padahal baru berjumpa ketika beliau jemput kami di lapangan terbang . tambah lucu dia pun ikut serta melawak bodoh sampai kami sakit perut ketawa .

sewaktu Zohor, Ida duduk di sebelah aku lantas terus berkata "Ida saaaayang kakak" . bergetar jiwa padahal baru dua hari sudah disayangi . kakak juga sayang kamu , sayang kamu semua di sini . petang itu aku tidak berkudrat lagi . sakit menyerang semula . lantas aku minta izin dengan Kak Syiera untuk istirehat di kamar . maafkan aku kalian semua selalu jadi susah gara gara aku . syukur semua keliling orang yang sentiasa memahami dan mendukung aku . waktu senggang selepas Asar aku bantu Kak Ainaa menyiapkan loom band buat adik adik . satu persatu aku jalin penuh sayang dan kasih . mudah mudahan bila disarung ke tangan mereka sentiasa terkenang akan kami bila kami sudah tiada di di sini . seperti biasa asal petang ke kedai runcit memborong air dan makanan tambahan . orang Malaysia memang kuat makan . ya ampun bila mahu kurus kalau begini . nasib baiklah hari ini kedainya sudah berlampu . tidak bergelap gelita seperti semalam .


malam hari meneruskan tugas mengajarkan IT . dan malam ini mental dan fizikal teruji . jujur badan dan otak aku penat sekali . mengajarkan IT Advance bukanlah satu perkara mudah . jujur sejujurnya ! tapi aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk berdiri dalam bilik sauna itu menadah peluh sebaldi dan berteriak sampai habis suara tapi aku tetap bersungguh mahu membantu mereka menyiapkan presentasi untuk dibentang esok hari . keluar masuk keluar masuk menghirup oksigen . komputer pula kadang kadang bermasalah lagi naik turun tangga tinggi memanggil yang laki laki untuk bantu betulkan . Allahu sabar benar benar teruji . tapi aku yakin berkat adik adik ini aku masih di situ berdiri . mana pernah aku sesabar ini . seringkali mudah saja emosi . lebih lebih lagi bila komputer main main hidup padam macam tadi . aku keletihan . lantas duduk keluar masuk mengambil tenaga . aku masih ingat pesanan sebelum pergi ke sini , walau penat bagaimanapun , betulkan niat , pujuk diri demi Allah , demi anak anak ini , in shaa Allah kekuatan akan datang kembali .

ya aku yakin sekali . berkat adik adik ini aku belajar jadi sabar . Allahu . sebelum tidur termotivasi lagi aku mahu bangun awal pagi untuk membantu mereka menyiapkan presentasi . tak sabar mahu melihat apa produk mereka . anak anak syurga pasti hebat hebat belaka . tak sabar mahu lihat hasil penat lelah kami semua .



No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .