aku sengaja ingin mencoretkan setiap kenangan di sini kerana tak mahu ada sedikit pun kenangan manis sepanjang Peuehaba Aceh 6 aku lupa . biar orang kata yang manis biar tersemat dalam ingatan , tapi lama lama aku makin tua , makin lupa , aku kan manusia . lantas aku tuliskan . biar jadi kenangan . biar jadi pengajaran . yang paling indah dalam hidup aku satu perjalanan .
......................................................................................................................
12 OKTOBER 2014
awal pagi sudah bangun walau hari sebelumnya letih seharian perjalanan dari pagi hingga lewat malam . azan Subuh mendayu didiiringi bacaan adik Fathif sebagai imam yang masha Allah, merdunya . belum pernah aku kira Subuh aku rasa sesemangat ini walau aku benar benar keletihan dilambung bas semalam . selesai al mathurat , pak Hamdani meminta anak anak melakukan tugasan yang telah diarahkan seperti menyembelih kambing , bergotong royong dan sebagainya kerana pagi itu perasmian yang akan dihadiri jemputan jemputan termasuk dinas (wakil kerajaan) sambil kami juga melakukan persiapan di tingkat atas surau yang baru sahaja siap . pak Hamdani kata surau itu Alhamdulillah dibina sedikit demi sedikit . mula dengan tiang , dinding , dan akhirnya berkat bantuan ramai siap keseluruhannya buat anak anak ini lebih selesa meneruskan pembelajaran dan kehidupan seharian . perasmian program berlangsung meriah . berbakat sungguh adik adik ar Raudhah dengan tarian , hafazan , pidato arab dan nyanyian turki . aku yang awalnya rasa agak kaku dan kekok bagaimana mahu mulakan bicara bersama adik adik sudah mula dapat rentak . mula dengan bersembang dengan seorang penghuninya, Desy Kumala Sari . banyak mulut orangnya . usai perasmian , aku cuba pula mengenali yang lain sambil duduk makan tengahari yang enak sungguh tak terkata . aku mulai kenal adik adik berikutnya , Mardhatillah , Muliana , Mawaddah , Ani , Eli dan ramai lagi .
Zohor lalu berkumandang . lagi berjemaah bersama adik adik ini semua . Hafizah , anak Pak Hamdani yang usianya baru 4 tahun juga tidak terlepas berjemaah tiap kali solat . hebat sungguh anak kecil itu . sesi tengahari dimulai dengan Ice Breaking . senang sekali aku lihat wajah setiap anak ini tersenyum riang walaupun permainan semudah bola baling dan sepit berkumpulan , mereka kelihatan puas bergelak tawa . bila dibahagikan kumpulan , aku lantas menjadi fasilitator untuk kumpulan seramai 4 orang . sejak induction memang permainan Mona Lisa paling mencabar untuk aku yang tangan batu tak pandai melukis ini . maafkan kakak ya Ida kerana tak mampu melukis wajah kamu dengan jelita . lukisan Afni masih aku simpan buat kenangan . Afni usianya 14 tahun , cuma beza 5 tahun dengan aku . aku memang sentiasa merahsiakan umur jika menjadi fasilitator untuk menjaga thiqah mereka . namun satu hal yang cukup membezakan aku dengan dia adalah seawal usia itu dia sudah menjadi hafizah termuda di rumah Ar-Raudhah. Allahu . bergetar jiwa saat dia ungkapkan dia sudah tamat menghafaz semua 30 juzu Al Quran . sayu hati mengenangkan apa yang aku masih lakukan sewaktu 14 tahun dulu , masih belum jumpa tujuan hidup waktu itu , masih leka dengan permainan dunia . malu sekali rasa diri kakak ini adik .
petang itu aku ikut bantu untuk sesi riadah . mengajarkan mereka permainan . aku terasa jadi kecil kembali . ah senangnya bersama anak anak ini . mudah dengar kata . mudah melayan . mudah dilayan . sayangnya semua sekali sesayangnyaa .
penat seharian lantas sengaja mengambil angin bersiar siar di kawasan kampung . seronoknya melihat kehijauan . kecil sekali kedai runcit yang kami singgah membeli makanan ringan dan sabun basuh . tiada lampu lagi . tapi mereka masih meneruskan kehidupan dengan gembira walaupun ada rumah yang kelihatan uzur sekali . Alhamdulillah rezeki semasa pulang Pak Ramlan sedang menikmati kelapa muda . diajak kami bersama di rumah beliau . ramah sungguh layanannya padahal kami baru kenal semalam kerana beliau menjemput kami daripada lapangan terbang . aku yang tidak minat air kelapa muda ini bergelak ketawa sahaja melihat keletah masing masing seronok melahap air kelapa . Pak Ramlan boleh tahan juga loyar buruknya . ahh seronoknya di kampung ini .
waktu malam bersama lagi untuk LDK 1 ketika yang lelaki memulakan kelas komputer mereka yang pertama . mula dengan silang dan menang yang aku kendalikan , disambung dengan permainan aku 10 tahun akan datang . malam ini aku menyaksikan sendiri impian besar anak anak ini . Allahu runtun sekali lagi hati aku . hebat sungguh mereka semua . impian jelas dan nyata walau masih belasan tahun . waktu aku main permainan ini semasa induction , aku sendiri sekadar melukis apa terlintas di kepala , tapi anak anak ini , ada yang mahu menjadi kaya agar dapat bantu orang yang miskin , menjadi jurnalis , menjadi dosen (pensyarah) tafsir Al Quran , dosen bahasa arab , mengerjakan haji dan banyak lagi yang sungguh waktu aku seusia mereka belum pernah aku fikirkan seserius itu !
dan Husna telah mencairkan hati sekeras batu ini dengan tulisan Koreanya bermaksud
"Husna sayang Kak Fadhilah"















No comments:
Post a Comment