Sunday, October 5, 2014

Monolog hamba

Aku masih belum letih menulis aksara 
Dakwat pena masih banyak buat mengarang ceritera
Kisah apa pula kali ini mahu dirangka?

Eloklah aku mulakan kitab baharu
Setiap bab dirombak jadi indah seperti lagu
Tak mahu lagi ada babak tepis tepis pilu
Kan nikmat itu berkat
Kan musibah itu rahmat
Jadi tak boleh kelat !

Dengan nama Tuhan yang menciptakan dia engkau dan aku
Aku tuliskan sebuah karya pengabdian semula hamba pada Rabb yang satu 
Mohon ampun Tuhan lama aku longlai lesu .


No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .