Monday, April 28, 2014

melihat atau dilihat ?

"Wahai yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama Mu dan di atas ketaatan kepada Mu"


seringkali manusia pada hakikat tidak lari daripada cuba melakukan kebaikan . ingin sentiasa menabur bakti atas muka bumi Ilahi . kalau boleh mahu hari hari . aku berfikir panjang bila hari ini duduk sembang sembang dengan seorang kakak . sengaja bicara tentang pemuda hari ini dengan dia .

katanya,
"pemuda hari ini terlalu banyak yang buat kebaikan untuk "impress" orang . tengok Almarhum Ahmad Ammar. hidup dia tak ada orang kenal walhal terlalu banyak kebaikan yang dia buat . Allah angkat darjatnya bila dia dah tak ada . mungkin masa hidup setiap amal dia lakukan bukan untuk orang lihat tapi untuk kepuasan hati dan cari redha"

benar . setuju . ramai saja antara kita yang asalnya niat bersungguh mahu lakukan Lillahi Taala , tapi dicucuk cucuk iblis durjana supaya rasa asyik dan bangga dengan apa yang kita .

dulu aku kadang mengkaji kerana sebagai manusia kita ini tak boleh sentiasa mengikut arus sahaja . perlu ada persoalan supaya kita berfikir .


PERSOALAN PERTAMA :

banyaknya program jati diri dan kepimpinan sekarang . semua mahu melahirkan pemuda yang boleh memimpin dengan baik dan modulnya semua lebih kurang sama (berdasarkan pengalaman terlibat dengan banyak program seperti ini) . hatta organisasi kerajaan atau bukan kerajaan tak putus putus menyuarakan hasrat mahu mendidik anak anak sekarang agar mampu memimpin bangsa , negara bahkan dunia lantas mengadakan program beraneka . memang ada yang meletakkan Islam tunjang utama dan jadi berkebolehan itu supaya boleh diaplikasi membangunkan manusia dengan agama . objektif cukup mantap ! tapi mungkin ada yang tidak perasan kadangkala segelintir peserta ini lebih terarah dan memasang stigma mereka  mesti menonjol diri agar jadi lebih hebat daripada orang lain , dilihat oleh fasilitator dan menjadi "favourite" kerana kerap bersuara , berbanding mengaut sebanyak ilmu . aku tak nafi yang keyakinan itu penting , persaingan juga penting , lantang bersuara juga penting , namun sejauh mana mereka ini mampu berkembang dengan perkara perkara yang boleh aku katakan fizikal seperti ini . pemantapan ilmu paling asas ? pembangunan minda kelas tinggi ? seni seni berbicara penuh input bernas bukan sekadar suara sahaja bergema ? kalau akulah, aku cuma ingin sesuatu yang lain daripada yang lain . yang bukan sekadar diherdik provokasi untuk membina kesatuan kumpulan . atau dibawa masuk ke dalam hutan ditinggal berseorangan untuk uji ketahanan . atau pembentangan di hadapan dan soal jawab diselit perdebatan . ataupun menjemput penceramah dengan topik bagaimana menjadi pemimpin yang berketerampilan. namun, aku tak nafikan ada yang berjaya melahirkan produk yang hebat . tak kurang juga melahirkan produk yang hebat duniawi tapi ukhrawi , cetek .

year taken : 2012
*ghase macam ada yang familiar tak ?


PERSOALAN KEDUA:

bila kita melakukan sesuatu aktiviti , adakah masa yang sama kita mengawal hati untuk tetap lurus niat yang satu, kerana Allah ? bicara tentang ini memang makan hati sampai dasar paling dalaaaaaam sekali . sebenarnya sangat bagus , semakin ramai antara kita sedar perlunya terjun ke lapangan dan alami sendiri berhadapan dengan realiti kehidupan yang berbagai dan bukan sekadar duduk buat hal sendiri depan gajet , tak puas hati , tweet , selfie selfie , post dan macam macamlah sikap manusia dalam kategori "ignorant" ini . sila betulkan mentaliti , aku tak kata bila share gambar ke kuliah agama di facebook itu menunjuk . aku tak kata tak boleh tweet "esok mahu ke rumah anak yatim untuk program amal" . aku juga tak label orang yang post gambar di instagram "semalam baru lepas memberikan sumbangan banjir" itu berlagak . bahkan aku juga setuju kalau medium media massa dimanfaatkan untuk mengajak semua orang berbuat kebaikan . cuma pada satu tahap kita mesti  menilai sendiri apa niat kita berkongsi ? selagi bukanlah niat untuk kepentingan diri , misalnya mencari populariti atau dilambung puji , teruskan usaha . agama sendiri memberi kita peluang untuk berdakwah dengan beribu macam cara asalkan halal dan seiring dengan ketetapan Tuhan . (blog juga in shaa Allah salah satu medium . yang penting hati jaga lurus elak bengkang bengkok , lepas tu , jalan ! )


mungkin ada yang tidak sependapat , fikir ini kolot atau apa apalah . mungkin juga ada yang akan kata "alah kau blogging ni menunjuk jugak". terpulanglah , ini cuma pandangan peribadi , kitakan ada hak bersuara bawah perlembagaan malaysia (ehekhek) . boleh diperdebatkan kalau tidak setuju . aku sendiri yang menulis ini tersentak , terobek , tertoreh dan banyaklah lagi terrrr lah untuk mengingatkan diri . aku juga bukan mahu bahkan tidak layak menilai sesiapa kerana apa yang perlu kita lakukan sebenarnya ialah belajar , melihat dan mengambil pelajaran daripada orang lain pada masa yang sama berguru dengan yang berilmu .


apapun sebenarnya satu sahaja yang aku ingin ajak kita semua muhasabah semula .


NIATnoktah


"segala amal perbuatan itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai yang ia niatkan"
~RASULULLAH S.A.W.~


tak dapat dinafikan ikhlas itu terlalu sukar untuk ditafsir , ibarat semut hitam atas batu yang hitam dalam malam yang kelam . boleh saja kita rasa kita ikhlas tapi orang lain kata kita cuba berlagak hebat . terpulang pada mereka yang lebih sibuk nilai orang berbanding diri sendiri . kita juga kena mengelak daripada ada mentaliti "nanti orang kata" . biar apa orang kata , yang penting Allah tahu siapa kita .

satu hal yang terkesan pada diri , pernah diberitahu seorang murabbi , kalau kita benar ikhlas , orang puji tidak beri kesan pada hati , orang keji juga tidak beri kesan pada hati . nah , berdasarkan indikator ini, kita nilailah hati kita sendiri . mahu diri melihat kebaikan yang dilakukan sebagai satu kepuasan untuk dituai di alam akhirat nanti atau mahu diri dilihat oleh orang ramai sebagai sanjungan atas muka bumi .

"niat itu seperti surat , salah tulis alamat , salah sampai tempat "

moga Allah redha :)


No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .