Monday, March 24, 2014

senyum dan senyum dan senyumlah :)

Dan jalan manusia yang inginkan syurga itu pasti bukan mudah

Berliku berlopak lecah
Mahu diri langsung rebah
Letih malas pasti sudah
Silap langkah menunggu padah

Dalam minda keserabutan gelisah
Dunia gila dipertikai usah
Manusia keliling bikin gundah
Keluarga tak sehaluan pun masalah
Takut tiada sahabat musuh pula tambah
Dan lagi lagi lagi teori pak nujum banyaklah

Tapi takkan lupa janji Allah
Rahmat  pastikan datang lepas susah
Terus , tunggu apa lagi mahu berlengah ?

Minta hati , juang ikhlaslah
Serahkan diri kepada ummah

Lari lari kejar ilmu cekup tarbiyah
Lumba lumba baiki ibadah
Sesaat dua jangan lupa muhasabah
Padukan tenaga rantaian ukhwah
Belasah belasah bisikan lemah
Cincang cincang nafsu serakah

Thabatlah
Manakan indah dakwah tanpa tangis mencurah
Manakan indah dakwah tanpa mujahadah



Gerabak dakwah ini senantiasa bergoyang ke kanan dan kiri cuma bagaimana posisi kita duduk atau diri ditokok sabar yang tinggi akan membolehkan kita sampai ke destinasi .



"Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak 
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga"

No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .