berjalan atas dunia cari redha
episod baru
sepenuh kepercayaan ditanam
segenap tenaga diseru
segala kecekalan dipasak
kerana perjuangan pasti lebih hebat bergolak
episod lama
biar jadi pengajaran
biar jadi pedoman
yang indah jadi tiang ukuran
yang punah jadi tembok hadangan
pergi jauh bisikan kejatuhan
pergi jauh angan murahan
pergi jauh hati hitam kotori perasaan
ke mari datang rasa kehambaan
ke mari datang cinta dan keimanan
ke mari datang hati rindu pada Tuhan
wahai sang hamba
apakah masih penting keasyikan dunia yang indah nan gila kalau depan sana sudah dibentang jalan ke syurga ?
untuk mulakan langkah semula .

No comments:
Post a Comment