Saturday, May 24, 2014

ketuk ketuk hati sendiri .

kadang pengharapan yang terlalu tinggi bikin matlamat mungkin lari

masih jauh perjalanan ini
apa kau tunggu tercegat lagi
bingkaslah lari

apakah mungkin Tuhan merencana sesuatu tanpa sebab
biar sekecil perkara
usai ia berlalu kau muhasabah apa hikmah

hati kau mahu menangis apa kalau janji Tuhan kau percaya
yang hidup pasti kan mati
yang temu pasti kan pisah
yang mula pasti kan akhir

jalan cerita ini terlalu panjang untuk kau ramal
mana tahu hari ini kau jatuh esok kau bangkit semula
mana tahu hari ini kau rancang esok semua caca marba
mana tahu hari ini kau benci esok kau cinta

bukan tak boleh futur kerana kau manusia
tapi jangan lama lama
bangunlah semula tegak berdiri
jangan disia masa merangka hadapan tapi tak mahu jalan

apa kau lupa janji kau dulu masa berlumba mahu terpilih dicampak ke dunia
bukan untuk senang senang dengan harta
bukan untuk angan angan dengan putera raja
bukan untuk suka suka leka
tapi ada amanah yang perlu dilaksana
amanah besar kalau kau mahu syurga

takkan tunggu dipesan baru ada kesedaran
lalu di mana ketinggian iman?





                                                                 
                                                               salam kerinduan .

No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .