mahu aku duduk sendiri
sentiasa muhasabah diri
kerana aku rasa masih banyak perlu baiki
hari demi hari
ada mata pandang jelek ya
kenapalah dia ini serupa orang gila
kadang malam tenung langit walau bintang tak bercahaya
kadang siang tenung awan yang biasa biasa
khayalkah ?
bukan bukan
aku sedang menghibur hati lara
bicara sama alam manakan sama bicara sama manusia
alam tidak membalas dengan kata
tapi mengangguk sahaja
setuju tandanya
sudah aku katakan
aku lagi cari Tuhan
aku masih keliru di persimpangan
kanan kata sini mari
kiri kata sini pergi
ahh ! mana satu ini
biar
biarkan aku sendirian
mencari sisa sisa iman
aku usaha kutip satu demi satu cebisan
kerana dahulu aku yang pecahkan
sakit
sakit dicubit perit
dirobek jahil melangit
maka kalian yang belum pernah rasa
usah mengada ngada
jangan sekali kali membuka penghadang hidayah yang lindung rapi hati suci
khuatir tembakan nafsu dunia yang bergejolak bikin luka parah
awas !
mungkin tiada doktor penyelamat
sama ada tinggal parut kekal
atau hati mati , sesal .
mungkin tiada doktor penyelamat
ReplyDeletetapi pasti ada rahmat
setiap oksigen kita hirup itukan nikmat
kalau kita leka pastinya akan sesat
bisa dapat murka
boleh masuk neraka
awas!
jangan kau lemas dengan dunia
biar kau cergas capai syurga
Terima kasih sahabat . Reminder kau hebat . Bikin aku kuat .
Deletepehhhhh fadhilah pehhhhh
ReplyDelete