Hari ini nafas masih belum henti
Aku bangkit tenung diri dalam pantul cermin sedalamnya
Hmm aku punya misi belum selesai lagi
Jangan diri
Jangan cuba cari alasan
Tulang rapuh urat putus badan tak daya
Ah! Semua alasan lapuk sebab otak dungu yang malas mencerna
Akal ada tak mahu guna
Kata mahu cari redha Tuhan
Mengapa halangan dikit terus tersungkur di jalanan?
Ya
Gagahlah dan terus berdiri
Lihat
Mentari sudah mahu terbenam di ufuk
Apa usaha hari ini sudah puaskan hatimu?
Atau sekadar masih memasang harapan “esok kan lebih baik”
Jangan
Jangan letak harapan palsu
Sudahlah
Sudah berhenti layan hati merajuk
Cari kekuatan dan pujuk
Mana Nurfadhilah yang katanya kental dahulu?
Rindu padanya
Rindu sekali
5 Februari 2014 . 7.04 pm . Melaka
No comments:
Post a Comment