*in shaa Allah mudah mudahan bermanfaat untuk semua.
ehm assalamualaikum. terpanggil untuk menyampaikan kepada lepasan SPM khusunya adik adik bekas pelajar MRSM Kuantan dan MRSM Muadzam Shah, bumi diri ini bertatih, sepatah dua nasihat memandangkan ramai yang sudah mendaftarkan diri sebagai mahasiswa/i dengan program fast track. tahniah semuanya ! tidaklah banyak yang boleh dikongsi kerana saya baru 12 bulan 21 hari berada di alam kolej dan universiti, namun adalah sedikit yang mungkin boleh menjadi panduan diri sendiri .
1. NIAT
innama a'malu binniyat. sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat. amat penting untuk kita khususnya sebagai Muslim meletakkan niat mencari ilmu untuk menggapai redha Allah. masih saya ingat seorang kakak pernah berpesan, "kalau niat belajar itu kerana Allah, segala yang lain akan datang dengan sendirinya. kita boleh dapat keputusan cemerlang, bahagiakan ibu bapa, bantu kawan lain dan berbagai lagi." maka dengan niat itulah kita akan mampu selarikan dengan usaha kerana bukan mudah mencari redha Nya tapi manis bila sudah memiliki.
2. JATI DIRI
satu perkara yang adik adik harus pegang, di mana juga kita berada, agamalah pelindung dan penguat diri. jangan sekali goyah hanya kerana keadaan sekeliling. letakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah dan mohon agar diberi perlindungan daripada kecintaan kepada dunia semata. jangan kerana kawan tidak menutup aurat, solat on off, suka membuang masa, sibuk mencari teman istimewa dan sebagainya kita rasa tidak apa mengikut mereka. diri sendiri mesti ada pegangan yang teguh apa matlamat aku ke mari. maruah diri harus dijaga. biar jadi terasing kerana kebenaran daripada mencari populariti murahan.
3. SAHABAT
di asrama dahulu mungkin adik adik rasa "oh sama la dulu pun ibu ayah tiada, okay je kawan semua". satu dunia yang baru ini perlu adik adik bersedia menerima kenyataan yang adik adik akan kenal sangat ramai orang yang bermacam ragam. bukan tujuan menakutkan tapi tanpa persiapan mental yang rapi adik adik mungkin "culture shock" yang lebih dahsyat daripada di sekolah dulu. berkawanlah dengan ramai orang supaya kita belajar berurusan dengan pelbagai jenis manusia. namun kembali kepada point ke 2, pegangan diri amat penting. kalau sudah melebihi batas agama maka jangan diikut. lebih bagus kalau dinasihatkan. dekati orang orang yang berilmu agar kita sendiri sentiasa menerima teguran. carilah usrah usrah dan majlis ilmu agar diri sentiasa diingati.
4. FOKUS
adik adik akan menemui suasana kelas yang baru di mana semuanya bertanggungjawab atas diri masing masing. pensyarah bukan seperti guru yang akan semak kerja rumah setiap hari dan mampu melayan satu persatu pelajar seperti di sekolah. kadang mereka mengajar sangat laju dan kurang faham malah tidak mustahil ada yang tidak faham langsung! lalu inisiatif sendiri perlu digandakan mendapatkan kepastian apa yang tidak tahu. tiada lagi istilah "spoonfeed". "assignment" juga semakin bertimbun jadi pengurusan masa sangat penting. waktu di dalam kelas sangat penting untuk fokus, lihat, dengar dan catat. tanya kalau perlu walaupun beratus mata memandang di dalam dewan kuliah jangan malu. jangan terganggu dengan rakan yang sibuk bersembang atau melayan gajet. dapatkan kerusi kerusi emas di hadapan kerana semakin ke belakang semakin mata sibuk meliar melihat gelagat orang.
5. BINA DIRI
ingin juga saya tekankan hal ini kerana saya tidak mahu adik adik fikir universiti sebagai kilang buku dan robot. mulakan untuk menyertai aktiviti aktiviti bermanfaat seperti aktiviti kebajikan dan sebagainya. belajar berorganisasi daripada yang pakar. mungkin bermula sekadar sebagai penyusun kerusi tetapi in shaa Allah dengan hati yang merendah dan bersungguh mencari ilmu untuk membangunkan diri, mana tahu suatu hari nanti diberi kepercayaan sebagai majlis tertinggi. di sini juga adik adik akan belajar menangani masalah sebagai dewasa dan menyelesaikan urusan yang belum pernah adik adik lakukan. sejujurnya saya sendiri seorang yang suka berprogram sejak dahulu dan ada cara tersendiri bila mengendalikannya. namun apabila saya bekerja bersama orang orang yang hebat, saya sangat bersyukur kerana sangat banyak ilmu dan pengalaman yang baru diperolehi.
banyak sebenarnya nak dicoretkan tapi cukuplah yang utama. melangkahlah ke alam universiti dengan matlamat yang jelas. persiapkan mental, spiritual dan fizikal sebaiknya. cabaran pasti datang cuma adakah kita cukup bagus mengendalikannya. satu hal yang terakhir, sebagai Muslim, dakwah tanggungjawab kita. tidak kira usia dan di mana kita berada. yakinlah apabila kita membantu agama Allah, pasti Allah akan bantu kita dalam segala urusan. ummat akhir zaman memerlukan kita untuk saling menguat di jalan yang benar iaitu Islam. sering saya mengingatkan diri sendiri, "masih banyak masalah ummat untuk difikirkan daripada masalah hati dan perasaan."
*(relate to point 5) sekadar berkongsi dan "flashback" memori. video di bawah adalah sewaktu kali pertama menjadi pengarah program semasa tingkatan 4. pengalaman yang cukup manis dan tidak akan dilupakan. cabaran besar apabila terpaksa menyerahkan kepada sahabat sahabat lain apabila dimasukkan ke wad di saat hampir program namun Alhamdulillah Allah memberi peluang dan kekuatan merasai pengalaman turun padang di trip kedua. dengan izin Allah di usia mentah saya boleh lakukan adik adik juga pasti mampu :)
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment