Tuesday, December 31, 2013

tertulis . dan aku juga menulis .

sisa udara dua ribu tiga belas aku masih hirup
samar samar cahaya langit
tiap bayangan peristiwa melayang dalam kotak pikiran

cepat masa berlalu atau banyak masa dibazir aku?
fikir fikir fikir
apa jua aku tetap syukur atas segala nikmat Maha Kuasa 
sangat pemurah memberikan aku segala kejutan dan hadiah istimewa
yang mana pernah aku sangka dalam tulisan catatan perjalanan atas dunia

aku masih belajar menulis
menulis kisah hidup yang anganku bahagia 
aku masih belajar menulis 
kisah hidup dalam jalinan cinta dan tawa
untuk mengisi suramnya perjalanan

tapi aku sedar
kisah aku juga sudah tertulis
tertulis untuk mengharung lautan kesusahan
tertulis juga aku harus jatuh ke lembah hina
untuk mengaut nilai nilai hidup yang aku tak punya

dan aku masih menulis meyambung catatan lama
kali ini berwajah baru dan penuh pembaharuan
untuk hidup dengan redha Tuhan
mencari kedamaian dalam setiap tindakan
hidup biar sentiasa memberi
hidup biar sentiasa berkorban diri
kerana tiada yang akan aku simpan bawa ke dalam liang lahad nanti

aku pikir masih banyak masalah ummat untuk difikirkan
berbanding masalah hati dan perasaan
ya itu juga harus aku sematkan dalam tulisan
buat peringatan

aku terus menulis
namun aku ternanti nanti untuk membaca apa yang telah tertulis

paling aku ternanti bagaimana akhir hidup aku yang sudah lama tertulis
sedang pada masa sekarang aku berjuang untuk menulis matiku khusnul khatimah

dua ribu empat belas

tertulis
yang usia makin bertambah
sembilan belas tahun
janggal .


No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .