Friday, December 27, 2013

wahai .

aku terkadang memikir
pikirkan manusia di sekeliling

cinta pada dunia bukan kepalang

mahunya selalu paling kacak dan jelita
popular mahu semua mata tidak kedip memandang diri
jalan atas bumi mendongak tinggi dabik dada
harta benda susahnya mahu korban
cari pasangan pun bukan mahu halalkan
bangga konon jalan pegang tangan duduk dua duaan asal malam bergayutan

apa kalian masih buta dimomok momok sinetron
yang sebenar arahan manusia pangkatnya direktor supaya tampak sempurna begitu rupa
konflik berbondong bondong di tengah 
pengakhiran bahagia

tolong manusia, tolong
tolong kau buka mata jangan jadi buta
jangan jadi dungu
apa kau tidak lihat di depan sana ada satu cinta yang kau lupa

wahai
kau lupa apa patut kau kejar
cinta Tuhan, manusia !

dulu sebelum dicampak ke rahim bonda kau janji mahu jadi khalifah ummah
tapi sekarang kau ingkar janji
mana semua janjimu mahu jadi pendamai dunia
kau bukan tidak tahu mana yang benar mana yang salah
cuma kau sengaja buat tidak endah
kau dusta semata !

aku tahu aku pun bukan sempurna 
aku juga dahulu curang pada Tuhan
sampai sampai aku rasa dunia maharaja
peritnya rasa
kosong
terkeliru berseorangan

cuma
aku pilih untuk kembali
kembali pada fitrah diri hamba yang butuh Tuhan sebagai penunjuk jalan 
dan cinta Nya menyelubungi jiwa

tapi ini cerita benar 
bukan mudah
mahal sungguh apa namanya hidayah
yalah
kalau murah tidak istimewa

sampai sekarang aku masih bergelut dengan hembusan nafsu kanan dan kiri
banyaknya dosa buat aku sendiri malu mahu mengangkat muka mohon ampunan Tuhan
tapi sudah Dia janjikan keampunan seluas langit dan bumi
maka apakah manusia kau masih sombong bongkak tidak mahu kembali ?

wahai
sudahlah
atas pentas dunia ini berhenti jadi selebriti murahan
lebih baik korbankan diri di jalan Tuhan

kalau aku bisa potong hati jadi cebisan untuk kongsi rasa dihentak gerabak hidayah
aku mahu beri setiap cebis
walau kalian sendiri tidak mahu hati yang hampir mati ini

aku sungguh ingin semua kita menuai hasil paling berkualiti gred tertinggi di alam yang abadi

wahai
ini semua bukan poyo ! 
ini luahan hamba yang juga masih cari Tuhan .



*maafkan tulisan aku yang cacat dan carca marba kerana aku tidak sempurna . sekadar menulis apa yang terbuku di dada .

No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .