"fadhilah kamu nak sambung pelajaran dalam bidang apa?"
"psikologi cikgu . Malaysia ni kekurangan pakar psikologi . blablablablabla.................jadi sebab itulah saya mahu jadi pakar psikologi"
lantas ada yang berbunyi
"uuuuu fadhilah psikooo"
*senyum kecil
gurau senda yang aku rindu .
jujur ya aku masih simpan cita cita mahu jadi "psychologist" bahasa komersialnya , di luar negara . kadang duduk termenung depan komputer cemburu melihat gambar sahabat sahabat satu persatu hampir menamatkan persediaan ke merata pelusuk dunia . tak kurang juga yang sudah belajar di luar negara . dulu aku pernah persoalkan , keputusan aku lebih baik daripada sesetengah mereka tapi kenapa bukan aku terpilih ? lama aku bersedih memujuk diri , bukan rezekimu fadhilah .
cita cita mahu jadi pakar psikologi , mengkaji setiap inci pemikiran manusia , menemukan teori teori pemikiran daripada umat Islam sendiri , bukan menerima semberono semua yang barat kaji . almaklumlah diri ini kuat mempersoal , kenapa itu ini ? jadi mempersoalkan kebenaran teori teori barat itu biasa kerana tak mahu tertipu lagi dengan barat durjana yang dari zaman dahulu asyik sibuk memaku pelbagai stigma dalam pemikiran manusia timur .
"konon barat bagus?!!" hati selalu memerli . kerana tahu kehebatan zaman Uthamaniyyah lebih ulung .
aku juga mahu setiap teori manusia dikaitkan dengan Allah dan Al Quran . mahu tunjuk pada dunia , ini Allah yang cipta , ini Allah yang aturkan , ini Allah yang Maha Hebat punya kekuasaan .
ahh cemburunyaa lihat mereka . tapi aku sudah redha . jalan aku bukan seperti jalan mereka . punya sejuta hikmah aku diletak Allah di mana aku sekarang . jalan yang aku belum tahu indahnya bagaimana . yang pasti Allah sudah rancang yang jihad dan dakwah aku punya cerita tersendiri . nafas belum terhenti . moga diri terus berlari selagi kaki belum berdiri di Syurga .
*diiringi lagu Yiruma sambil gosok gosok mata buat assignment shariah law ==

No comments:
Post a Comment