setinggi tinggi tanah cameron , tinggi lagi syukur pada Mu Rabb :')
setiap hari Allah mudahkan penghijrahan ini . syukur . ya aku juga penghijrah seperti kalian . daripada jahil berubah sedikit demi sedikit . malu ? ah malulah kepada Tuhan kerana kesombongan diri sendiri dahulu . lebih baik daripada kepada sesama hamba yang cuma tahu membangga atas nikmat yang sementara . sungguh . hidayah perlu dicari . takkan datang bergolek sendiri . dan sampai sekarang aku masih terus mencari . syukur tidak rasa lelah dan masih kental .
pencarian diteruskan ke pelusuk bumi Allah . kali ini bertandang di bumi Cameron Highland . indah . cukup indah . hijau . cliche mungkin bagi bukan peminat alam semula jadi . dan dikelilingi keluarga bulatan gembira lain rasanya . bahagia dan in shaa Allah terpelihara . *sejuk
'' sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat , maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut ''
- hadis Rasulullah SAW -
:')
touched and motivated .
sukanya hadis ni ! membawa kepada konklusi supaya kita jangan sesekali berputus asa daripada berusaha . kita tak perlu sibuk mencari buku falsafah itu ini , yang begitu begini untuk memotivasikan diri . belek sahaja Al Quran dan Hadis . wah sudah cukup banyak dan tak tertanding bahasa yang diatur .
tapi itulah prosesnya . from zero kita jadi hero . bukan hero di mata manusia , tapi di mata Pencipta . ayuh sama sama kita perbaharui diri . diary vip ohsemm buat aku jadi semangat . ya berkobar kobar mahu cari keredhaan Illahi . dan mahu jadi lebih ohsemmmm !
bak kata Hamasah As-Syabab , kerana semua orang berhak mengecapi syurga <3
in shaa Allah :)
|diaryvipohsemmII|institusiusrah|16-18august2013|cameronhighland|

memang ohseemmm ! Moga Allah mudahkan penghijrahan awak sahabat =D
ReplyDeleteameen ya Rabb . dan moga Allah memberkati kamu sahabat :)
Deletewaahh anynomous tu
ReplyDelete