dialog cliche .
RnR . rehat dan rawat . hmm biasa kita singgah kalau penat dalam perjalanan jauh . merehatkan diri , menambah tenaga sebelum menyambung perjalanan . perjalanan ? ya perjalanan . atas dunia ini mana pernah kita berhenti daripada berjalan . hatta hidup kita ini pun sebuah perjalanan . perjalanan menuju satu destinasi yang pasti . akhirat yang menanti .
aku cuba bawa pemikiran ku ke suatu sudut yang lain . dunia dan RnR . dunia dan tempat persinggahan . *petik jari .
SAMA !
mungkin boleh kalau aku tafsirkan RnR dunia in bukan sebagai rehat dan rawat , tetapi sebagai RANCANG dan RAPI . ya rancang dan rapi .
" dan tiadalah kehidupan di dunia ini selain daripada main main dan senda gurau belaka . dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa . maka tidakkah kamu memahaminya ? "
Al An'am ; 32
benar . dunia cumalah tempat persinggahan sementara . untuk kita rancang ke mana destinasi yang ingin dituju selepas ini . selepas kita kembali kepada Pencipta . nerakakah ? yang penuh dengan seksa dan penghinaan . atau syurgakah ? yang penuh dengan keindahan tanpa boleh dibayang akal . perancangan itu perlu kerana dengan adanya perancangan mampu diatur setiap tindakan agar selari dengan matlamat yang ingin dicapai . seringkali dalam urusan dunia kita merancang , namun apa yang berlaku tidak seperti yang kita rancang . mungkin ada tindakan yang khilaf di mana mana .
sebab itulah perlunya merancang tindakan itu dengan rapi . rapi yang bagaimana ? dalam konteks ini , rapinya perancangan untuk memilih destinasi itu apabila diteliti . adakah dengan ilmu ? ilmu yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah . yang bertepatan dengan ketetapan agama . agar dengan ilmu dapat membimbing hati dan setiap perlakuan . hati dirapikan , dengan akidah yang mantap agar tidak mudah tergelincir dari landasan yang lurus . sememangnya perjalanan dunia berliku liku . hanya dengan berpegang pada tali Allah , kita akan selamat . setelah itu tindakan akan mampu dirapikan , kerana setiap daripadanya akan menjadi saksi di hari pengadilan . tindakan itu amalan . amalan kebaikan yang dibawa sebagai bekalan ke kampung akhirat nanti . andai timbangan amalan kebaikan kita kelak berat layaklah kita menjadi calon syurga . in shaa Allah .
ayuh kita rancang sebaik baiknya di RnR (tempat persinggahan) dunia ini bagaimana mahu sampai ke destinasi terakhir kita .tapi jangan lupa untuk dirapikan perancangan itu . supaya segala kelompongan dapat diperbaiki . supaya senang rasa hati tiba di sana nanti .
aku lantas menulis untuk mengingatkan diri sendiri . untuk memberitahu diri masih banyak perlu dilakukan . aku perlu bersedia kerana mati itu bila bila . tapi adakah aku sudah bersedia ?
*termenung panjang .
hari ini seorang sahabat sudah dijemput Illahi . rasa semalam baru menuntut ilmu bersama . di dewan yang sama menduduki peperiksaan dan mengambil keputusan . hari ini dia sudah bergerak menyambung perjalanan dari RnR dunia ini . menuju alam lain .
jalan itu telah kita lalui bersama
perit jerihnya cuma kita yang tahu
kau , aku dan semuanya rasa
perjuangan menuntut ilmu itu bukan mudah
aku rebah kau pangku
kau rebah aku pangku
mungkin kadang kita tidak selalu bersama
namun senyuman itu buat aku senang
tawamu buat aku ceria
sapaanmu buat aku rasa disayangi
sahabat,
sesungguhnya jalan raya itu medan matimu
aku terpaku
telah Dia tetapkan kau pergi dahulu
sesungguhnya Dia lebih menyayangimu
dan kami yang masih di sini akan terus berjuang
berjuang seperti mana kau pernah lakukan dahulu
tenanglah kau di sana sahabat . kelak aku juga akan menyusul . Al Fatihah .
dalam kenangan . kiri sekali . alia nabilah binti kamaruddin . mrsm kuantan 11/12 .
No comments:
Post a Comment