Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan Jangan Pergi .

bismillahirrahmanirrahim .

28 Ramadhan .


hati rasa sedih . ya sebak . Ramadhan sudah ingin pergi .  kenapa laju sekali masa berputar sampaikan bulan yang indah ini sudah ingin berlalu . apakah hati ini sudah benar ditarbiyah Ramadhan untuk kita meneruskan perjalanan sebagai khalifah di atas muka bumi ? 

kalau sebelum Ramadhan syaitan itu bertungkus lumus menyiapkan hati kita agar nanti di bulan Ramadhan terus mencintai maksiat dunia , melemahkan badan agar malas berbuat ibadah , menanamkan was was dalam hati agar tidak khusyuk dan tenteram dalam setiap perlakuan . jadi mestinya sepanjang Ramadhan yang berbaki kurang 48 jam lagi ini sudah kita persiapkan diri untuk bertempur dengan serangan nafsu yang bakal mendatang setelah syaitan dilepaskan dari ikatan masing masing . janganlah kita pula yang ibarat baru terlepas ikatan juga . baru sahaja Ramadhan berakhir , segalanya ingin dilakukan , kononnya menebus kembali sewaktu Ramdhan dulu . 

jangan sahaja hidupkan Ramadhanmu , tetapi Ramadhankanlah hidupmu . 

biar jiwa ini sentiasa tertanam rasa teguh , kuat untuk berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Rabb , Tuhan Pencipta pada bila bila masa sahaja . aku menulis ini kerana juga berpesan kepada diri sendiri . aku juga bukan malaikat , bukan wali , bukan ahli sufi yang hati mereka sangat tinggi darjat keimanan . aku juga sama seperti kalian , selalu tersilap langkah , terjatuh , dan bangkit kembali . kalian bersedih , aku juga bersedih tetapi hidup dan perjuangan kita bukan berakhir apabila berakhirnya Ramadhan . kalian takut , aku juga takut andai hati kita sebenarnya tidak tertarbiyah walau sedikit cuma daripada trek Ramdhan yang dilalui tetapi cuma penat dan lelah sahaja . lebih takut andai Ramadhan akan datang sudah tidak berjumpa lagi .

tetapi usah khuatir , sedikit masa yang ada ini lekas dimanfaatkan . pepatah inggeris berkata " better late than never " . ayuh lajukan pecutan terakhir ini . analoginya begini . sesungguhnya dalam berlumba lari ada dua golongan , yang apabila hampir sampai ke garisan penamat , bertindak sambil lewa kerana berasa santai untuk sampai ke penghujung atau satu golongan lagi yang semakin mengerah keringat untuk menyentuh garisan penamat agar apabila sampai nanti , hati akan terasa puas atas segala usaha untuk tiba di situ . kalau bukan pingat emas pun yang diterima , sekurang kurangnya hati puas dan tekad akan tertanam untuk terus bekerja keras selepas itu . 
* berfalsafah pula aku pagi pagi ini . hihi

Ramadhan aku harap kau jangan pergi . tetapi aku cuma hamba yang patuh pada ketetapan Tuhanku . malah aku rasa bersyukur pada Tuhanku atas kedatanganmu tahun ini . dan atas kesan yang mendalam kau tinggalkan pada hati yang selalunya keras ini . moga tahun hadapan kita bertemu lagi .



No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .