tersimpan segala macam kisah silam
cerita rahsia yang dia tahu cuma terpendam
cerita satu manusia dalam terang malam bercahaya
menemui denai menuju Tuhan Esa
yang selama ini ia buntu tak ketemu hidup ini punya apa makna
pada tikar usang itu
air mata kotor bercucuran basah
tubuh longlai lemah rebah
tangiskan jiwa resah yang membayangkan diri mati sudah
lalu diratah api merah
berteriak tak sudah sudah
"Tolong aku Tuhan!"
pada tikar usang itu
satu rasa janggal pertama dalam hidup ia menerpa
umpama dilahir semula jadi bayi hari melihat dunia
pada tikar usang itu
jadi saksi ia mengikat janji
mahu hidup dengan agama ini sampai mati
mahu jadi manusia bertamadun tabur bakti
mahu bawa bergunung pahala saat pada Tuhan ia kembali
mahu tinggal selamanya dalam Firdausi
ia sudah lelah
ia sudah muak
ia sudah benci
sama hidupan khayalan setan
lantas pada tikar usang itu
hari demi hari ia mengabdi
bertatih langkah demi langkah berdiri
kemana saja ia bawa kerana sudah jadi sahabat paling dia percaya
sampai ia bobok juga di tikar usang itu
No comments:
Post a Comment