Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah .
segala puji hanya buat Allah tuhan sekalian alam yang hidup dan takkan pernah mati . yang sentiasa mengurniakan rahmat dan menebar kasih Nya kepada hamba atas muka bumi . sama ada sedar atau tidak banyaknya nikmat tak terbayang hari demi hari diterima , tapi kita cuma jadi hamba yang tahu mengomel sini sana tak tahu rasa syukur .
Allahu .
dan Ramadhan kini jadi nikmat terbesar dikurnia Nya untuk kita hamba hamba berdosa menyuci jiwa , membersih hati , menjadi diri yang baru .
apakah peluang keemasan ini tidak mahu kita gapai sebaiknya ? sedangkan Rasulullah kekasih Nya berjaga malam letih letihan mengabdi diri sebagai tanda syukur atas setiap kurniaan . pasakkan azam baru . kukuhkan semangat waja . biar suara dalaman diri berteriak melaung harimau malaya ! bahwa kita ini mahu berlari , pecut selajunya untuk Ramadhan kali ini . usah dibilang , berapa zikirku hari ini ? berapa helai muka surat Al Quran aku baca ? berapa rakaat solat malamku ? berapa ringgit sudah aku sedekahkan buat fakir miskin ? usah kau beritahu dunia "oh hari ini aku dah kumpul banyak pahala". makin kau kira makin kau tak rasa nikmatnya . keluarkan daya sampai lelah. sampai manis iman itu kau rasa sendiri sampai tak terkata . kalaupun orang sebelah tak tahu , malaikat tak pernah terlepas mencatit selagi kau ikhlas demi Dia .
sedihlah . sedih kalau mahu Ramadhan tiap tiap tahun sama . seperti kata Rasulullah S.A.W.
"Betapa banyak orang yang berpuasa namun tidak mendapatkan dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga"
usia makin bertambah . sikap tak ubah ubah . dosa bertimbun sudah , pahala ada tidak entah . mati mula menjengah . sedihlah .
sudah sudahlah berseronok menuding jari orang itu orang ini berbuat dosa , sedang kita ini masih tak sedar diri pintu neraka marak menyala . angkuh benar merasa diri sudah layak masuk syurga . syaitan durjana sudah tak ada mahu mengganggu cucuk cucuk kita . manfaatkan masa ini ! lawan lawan nafsu serakah yang berkarat dalam hati . Ramadhan kan kem memantapkan jati diri .
akhwat kesayangan , ikhwah seperjuangan ,
hari ini baru hari pertama Ramadhan . belum tentu kita sampai penghujung dengan jayanya . lihatlah . ada manusia tak sempat merasa bulan indah ini , pergi dahulu meninggalkan kita selamanya . lantas usah kita alpa . sesaat pun ayuhlah manfaatkan . sambil scroll facebook , mulut tak lekang dengan zikir . sambil berjalan ke kelas , earphone di telinga pasangkan Al Quran . jam loceng dikunci untuk bangun malam sujud pada Tuhan . usai solat , istighfarlah mohon keampunan . usai bersahur janganlah tidur , lagukan Al Quran . semuanya perlukan kesabaran . yalah syurga mahalkan ?
kalau baru mahu nak mula , tak apa ! jom kita tatih sama sama . pesan ini untuk aku sendiri . sebab aku juga butuh teman mahu merangkak , berdiri , berjalan dan berlari. yakinlah Allah lihat setiap keringat usaha meninggalkan buku hidup lampau yang penuh maksiat dan dosa dan ikhlas mahu cari redha Nya .
tangki taqwa dipenuhkan , enjin iman dihidupkan , gear reverse jangan pernah sekali terlintas di fikiran , pasangkan tali pinggang kesabaran . jangan lupa ajak sahabat sahabat seakidah sekalian . vroom vroom ! ayuh berkejaran menuju syurgaaaaa

Hope we'll all be able to have a truly blessed Ramadhan inshaaAllah. selamat berpuasa :)
ReplyDeleteAmeen in shaa Allah . you too dear . Ramadhan Kareem :)
Delete