assalamualaikum dan selamat awal pagi . *gosok gosok urat mata rasa tegang jawab cases ==
hari ini dapat tengok nebula ! ewaah *dalam hati lompat lompat . walaupun cuma dalam teater tapi syoknya bukan main sebab dah lama tak baca benda benda ni semua .
flashback balik zaman kecik kecik kemetot dulu .
"emak bumi ni duduk dalam bima sakti pastu kecik , lepas tu ada banyaaak lagi galaksi , besarnya angkasa lepas tuu "
"ayah ayah tahi bintang tuuu cepaaaaaat "
"mana ? tu kapal terbang"
"tu ayaah cuba tengok betul betul dia laju pastu makin lama makin kecik . tahi bintang la kaan . cantiknyaaaaa !!"
"aaa yela"
bintang , meteor , galaksi . ahh semuanya indah sekali . semuanya tampak indah sekali bila bergugusan . kerana untuk membentuk rupa yang indah , dust , helium dan hydrogen (dan banyak lagi sudah mulai lupa bila meninggalkan dunia sains) saling memerlukan . manusia cuma gemar melihat , tapi kurang mengkaji . malah ada yang langsung tidak menyedari , sebenarnya kita ini terlampau amat kecil daripada zarah jika dibanding alam semesta yang masih banyak belum diterokai . mudahnya rasa bangga dan besar diri bila ada kelebihan sedikit , lupa . apalah sangat yang kita ada . suka aku mengingatkan diri sendiri ,
"kalau mahu rasa kerdil , lihat ciptaan Illahi , baru kau tahu sekecil mana sahaja kau di bumi "
hari ini aku dan sahabat sama sama ber"uster" (usrah + teater) mengamati kekuasaan Allah . Subhanallah . Allahuakbar . bergetar jiwa . indah . sedang berusrah di bawah kubah mini berlatarkan langit dan bintang , tiba tiba aku ter"relate" .
"hmm bintang bintang itu cantik sekali dalam gugusan , ukhwah ini pun indah sekali bila berkumpulan "
ada sesetangah orang mungkin gatal gatal rasa atau berbulu telinga bila dengar perkataan "USRAH" . hihi geli juga hati kadang kadang .
akhwat kesayangan dan ikhwah seagama sekalian . usrah itu bukanlah umpama tazkirah agama ustaz don daniyal atau menghadap kitab fiqh di hadapan sheikh nuruddin . usrah itu keluarga . keluarga yang saling ingat mengingatkan supaya kita sentiasa berjalan lurus atas jalan menuju Tuhan . fitrah manusia memang perlukan peringatan yang kadang kadang menzretttkan hati atau menggedebushkan jiwa . ada orang tidak mahu ditegur , rasa semua yang dilakukan betul . rasa umpama aku boleh survive sendiri . ish ish tak boleh begitu . kata mahu beriringan tangan ke syurga .
tapi kenapa nama "usrah" tu Islamik sangat ?
yalah dah kitakan orang Islam salahkah guna kosa kata Islamik ? malu ? hmm ada yang tak kena tu kalau rasa begitu . daripada guna nama BFF , best friend forever lah katanya , yang itu betul geli . baratlah sangat kaan .
bila berusrah (bersama keluarga) hati rasa terikat dengan yang betul betul namanya ukhwah . aku sendiri masih baru dalam dunia usrah ini . mula mula dulu macam macam timbul dalam hati bila kakak naqibah panggil berusrah . liat , mengantuk , malas , macam macamlah alasan budak sekolah yang diberi . tapi bila diri sendiri pernah diberi amanah jadi naqibah , aku mulai belajar menjaga silaturrahim dengan mad'u sendiri . pelbagai cara perlu difikir untuk mengikat hati sesama sendiri . masa itu barulah aku belajar , ini rupanya ukhwah Islami . menuntut niat yang lurus dan ikhlas untuk saling menjaga dan membimbing kembali ke jalan Allah , menanam sabar untuk saling memahami setiap diri . paling penting diri sendiri perlu lebih banyak mencari ilmu dan memperbaiki diri . tapi itu semua keindahan yang aku pelajari .
bila dapat berusrah dengan orang orang berilmu di universiti , lebih lagi rasa keterujaan di hati . sebab usrah ini keluarga . tiada limitasi . tanyalah sebanyak manapun walaupun bunyi soalan kurang ilmiah tak perlu rasa malu . kalau murid dan guru biasanya mesti akan rasa segan takut orang tertawakan soalan kurang cerdik kita . siapa kata usrah skema ? usrah pun gelak ketawa . usrah pun gurau senda . usrah pun main main , makan makan , jalan jalan . cuma caranya mengikut sunnah . tidak lagha dan keterlaluan . sebab niat kita satu untuk cari redha Tuhan .
berbalik kepada bintang tadi , dalam usrah setiap individu ibarat komponen yang membentuk gugusan bintang . saling memerlukan untuk membentuk keindahan . sebab dalam ukhwah ada kasih sayang dan cinta . dan kasih sayang serta cinta itu sangat indah ! undescribable rasanya nak meluahkan perasaan di hati ini hanya dengan tulisan .
suka aku mengajak akhwat kesayangan dan ikhwah seagama , ayuh kita berusrah ! usrah bukan untuk yang bertudung labuh dan bersongkok tinggi sahaja . itu bukan ukuran , tapi niat di hati jadi keutamaan .
mereka buah hati pengarang jantung cinta kasih :)
ayuh kita bina ukhwah seindah gugusan bintang dan nebula . dan kita raih sama sama redha Nya . kerana Hamasah As Syabab juga berkata " kerana semua orang berhak mengecapi sorga "

nice one . nnt boleh ajk naqibah p usrah gini gk . hikhok . true, usrah tak skima pun . kami pi usrah kt pantai sambil makan aiskacang :3
ReplyDeletekaaan . usrah memang seronok cuma kita kena pandai mengkreatifkannya . moga hati kita terus diikat dengan jalan tarbiyah :)
DeleteMasyaAllah, gembira baca penulisan awak...saja godek2 blog awak,,,May Allah bless u always n jgn pernah berhenti menyebarkan cinta Islam di MMU :)
ReplyDeleteameen in shaa Allah . terima kasih sudi luangkan masa baca . may Allah bless all of us :)
Delete