dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
yang menguasai hari pembalasan
hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
tunjukkanlah kami jalan yang lurus
iaitu jalan orang orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka
bukan jalan mereka yang dimurkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat .
Al-Fatihah ; 1-7
semenjak dua menjak ini hampir setiap malam menonton Salam Baitullah . iklan di televisyen rancak menayangkan iklan di Makkah dan Madinah . siang tadi baru lepas menonton rancangan Muhammadku bersama Habib Ali Zaenal Abidin yang menceritakan bagaimana ibadah haji dan umrah baginda Rasulullah SAW . hmm suka dengar setiap penyampaiannya . lembut dan masuk ke hati .
rindu . ya aku rindu yang namanya Kota Makkah dan Madinah . Alhamdulillah dua tahun lalu dijemput Allah menjadi tamunya ke tempat teristimewa atas muka bumi ini yang ganjaran pahalanya kalau bersolat jemaah di Masjidil Haram itu 100 000 kali ganda manakala di Masjid Nabawi itu 1000 kali ganda . Subhanallah ! dan paling penting Makkah itu sendiri bumi kelahiran Rasulullah SAW dan di Madinah bersemadinya jasad Baginda .
mungkin boleh aku ceritakan peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam pada jiwaku ketika di sana . mulanya aku tiba di Madinah , Zohor ingin ke Masjid Nabawi . panas . perit . ya waktu itu suhu sekitar empat puluh tujuh darjah celcius . sampai di hadapan pintu masjid , aku tergamam . "Ya Allah cantiknya tempat ini " bisik hati kecil . sampai di dalam aku minum segelas air zamzam menghilangkan perit tekak kerana panas di luar . setelah itu aku duduk di satu saf yang masih kosong . kiri kanan manusia . ramai manusia . saudaraku sesama Islam berlainan rupa dan bangsa . aku rasa syahdu sekali pertama kali bersolat di situ . rasa seperti masih bermimpi sudah sampai ke tempat suci ini .
Masjid Nabawi Madinah
suatu malam kami diberitahu kumpulan jemaah umrah rayhar travel akan ke Raudhah, suatu kawasan antara rumah dengan mimbar Rasulullah SAW dan dan menziarahi makam Nabi dan sahabat Baginda , Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar malam itu . aku rasa sangat tidak sabar ingin ke sana . ditakdirkan Allah malam itu sakitku menyerang , hampir aku rebah sewaktu berjemaah maghrib di Masjid Nabawi . emak dan nenek lantas mengambil keputusan memapah aku pulang ke hotel .
keesokannya aku mengajak mereka ke Raudhah . barangkali pagi tidak terlalu ramai . selesai Dhuha , kami bergerak sendiri bersama seorang ustazah yang juga ingin ikut melawat . mulanya aku rasa mudah berjalan . makin lama makin sesak dan makin sesak . ya Allah saat itu aku rasa aku sangat kecil . sangat kecil dibanding dengan orang orang Arab yang berganda saiz badan mereka jika dibanding aku . tiba tiba hati aku mahu menangis . mahu berteriak sekuat kuatnya . " bagaimana kalau aku lemas dalam ribuan manusia ini . kalau aku mati bagaimana ? ya Allah aku benar benar ingin menziarahi kekasihMu maka kau permudahkanlah Allah " hatiku menangis . aku dirempuh lagi . tanpa aku sedar air mata mengalir tanpa aku tahu sebabnya . yang aku tahu saat itu aku rasa umpama ajal aku hampir tiba kerana sungguh sangatlah sesak nafas aku rasa ! aku teruskan berselawat .
tiba tiba ustazah berbisik lembut , " kita sudah masuk ke kawasan Raudhah . aku lihat ke bawah di celah celah kaki manusia yang padat . aku dapat lihat karpet berwarna kelabu . ya hanya Raudhah memiliki karpet kelabu di Masjid ini . air mata makin berderai laju . " itu makam Rasulullah " ujar emak yang sudah mengerjakan haji sebelum ini . ya Allah apa benar di sini Rasul yang selama ini aku puji dan rindu disemadikan ? untuk pertama kalinya tidak pernah aku rasa perasaan kerinduan yang teramat sangat yang tak mampu aku gambar. selama ini aku cuma sebut di mulut , aku cinta Rasul tapi di hati rasa kosong sahaja . tapi saat itu , ya benar benar aku terasa kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW . aku sudah tidak kira andai telekung ku basah lencun kerana air mata yang aku tahu aku rindu sekali pada Baginda yang bawa sinar pada seluruh umat manusia . yang berjuang agar aku hari ini mampu dengan Islam yang indah .
aku ingin solat sunat . tapi bagaimana ? mahu bergerak seinci pun sukar . dalam hati terus terusan aku doa agar dipermudahkan . ustazah lantas menolak aku ke satu ruangan kecil di saf hadapan sekali bahagian wanita dan menyuruh aku solat dan dia akan menjagaku . takbir diangkat . air mata terus berderai laju merasakan betapa hinanya diri ini membawa dosa untuk minta keampunan Allah Yang Maha Pengampun . Rasulullah pernah bersabda ,

" antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah (taman) diantara taman taman syurga "
di situ antara tempat yang mustajab doa . tiba tiba aku rasa rempuhan yang sangat kuat dari tepi dan aku hampir jatuh . mujur ada yang menyambut aku kalau tidak pasti sudah jatuh dan dipijak . tidak pasti siapa , barangkali ustazah atau emak . ketika aku bersujud rasanya ada yang melangkah kepala . rasa semakin dihimpit . aku cuma mampu berdoa moga Allah melindungi kerana telah aku serah seluruh jiwa dan raga ini demi menghadapNya . sepenuh hati meminta kerana aku tahu untuk sampai ke sini bukan mudah . saat itu walaupun sesak aku tidak pernah punyai perasaan sedemikian rupa yang sukar untuk dicerita . rasa cinta , rindu , kehambaan dan penuh pengharapan .
ketika berusaha melangkah keluar dari Raudhah sejumlah wanita semua bertubuh sasa merempuh kami . sepertinya sangat tidak sabar . sempat juga aku melihat dua wanita tua bergaduh berebut ruangan solat yang sempit . aku cuba melindungi nenek yang saiznya lebih kecil daripada aku . saat seorang wanita Turki mungkin melihat kepada tubuhnya merempuh kami , aku tiba tiba hilang sabar . kepala ditoleh kepadanya dan aku bersuara tegas "don't push please ! " . Astaghfirullah mudahnya aku tewas dengan perasaan marah . namun aku sedih , bukan sahaja kerana aku meninggi suara kepada wanita lewat 40-an tadi , tapi aku sedih memikirkan beginikah sikap umat Islam yang datang mengerjakan ibadah namun pentingkan diri sendiri . rela menolak dan bergaduh asalkan diri sendiri dapat tempat . hmmm .

hari aku ingin meninggalkan Madinah , aku menangis lagi , pagi itu aku cuma melawat makam Baginda dari luar .
Babussalam (Pintu As Salam) pintu masuk ke Makam Rasulullah SAW
aku menanam niat untuk kembali . ya untuk kembali menziarahi makam manusia paling mulia ini , Muhammad SAW . in shaa Allah .
No comments:
Post a Comment