Tuesday, July 23, 2013

yang kurang itu membahagiakan .

" aduhai . demam pula . "

nur merungut.

" sudahlah sahur terlepas . ni semua gara gara tidur lewat siapkan assignment dan ubat selsema malam tadi . subuh pun sudah jadi subuh gajah . hari ini ada dua meeting group assignment pula . "

banyak perkara lagi perlu diselesaikan . selesai subuh , nur ingin bangkit mandi . beratnya rasa . badan dilabuhkan di atas katil .

" aku nak tidur sekejap sahaja . sekejap sahaja ."

matanya lantas tertutup . letih . katil terasa bergoyang . jam menunjukkan 8. 20 pagi . oh teman sebiliknya sudah bangun . ada kelas pagi mungkin . nur lega kelasnya pada jam 4 petang . kaki digagahkan menuju ke kamar mandi . selesai bersiap , nur duduk termenung di katil . letih . walaupun lemah , kesempatan pagi tidak dilepaskan untuk menunaikan solat dhuha . selesai solat , nur termenung lagi . letih .

" kuat kuat . jangan lemah macam ni . oh baik aku basuh baju dahulu . banyak sangat nanti tak terlarat pula "

selesai menyidai baju , laptop di'on'kan . nur mengambil posisi di atas katilnya sambil bersandar ke dinding . jari jemari lemah menaip tiap perkataan . mesej telah dihantar kepada sahabat lain memberitahu dia tidak mampu hadir perbincangan hari ini . mujur semua mengerti .

" kenapa otak aku 'blank' ?"

separuh badan rebah ke tilam . bangkit kembali . hatinya tiba tiba tergerak untuk meng'update' blog yang sudah lama tidak terusik . hmm laju tangan menaip .

" publish "

mata semakin penat . layu . assignment tetap diteruskan . kesihatan hari ini telah dikurangkan . mungkin Allah menguji . juga sebagai penghapus dosa lalu . bahagia rasa .

" Alhamdulillah . Allah masih sayang aku "

badan terus rebah ke tilam . laptop dalam mode sleep . buku rujukan Malaysian Legal History masih terbuka . jam loceng di telefon bimbit diset . 12.30 . nur terus nyenyak keletihan . barangkali ditambah dari minggu lepas sudah kurang rehat .

tiba tiba telefon bimbit berbunyi . tetapi bukan jam loceng . nombor tidak dikenali .

" hello , kita suraya . kita dapat nombor awak daripada najiha . boleh kita tumpang bilik awak . kelas kita pukul 2 petang . jauh nak balik apartmen . awak tolong tunggu kita depan blok ya . kita tak tahu jalan bilik awak "
" suraya mana ya . oh suraya yang sama kelab tu ya . oh baik saya turun bawah sekarang "

nur letih . baru bangun tidur harus turun tangga ke bawah pula . tidak mengapa . dengan kesihatan yang kurang ini Allah masih beri peluang untuk membantu . tambah pula dia sahabat baru . bahagia rasa .

" Alhamdulillah . Allah masih sayang aku "

suraya berehat di biliknya . nur masih rasa letih tapi digagahkan demi sahabatnya .

"kita tumpang solat zohor ya "
" okay biar saya bentangkan sejadah awak pergi ambil wudhuk . pinjam telekung saya " balas nur pula .

dengan kekuatan yang kurang ini , Allah izinkannya memudahkan orang lain mengerjakan ibadah . bahagia rasa .

" Alhamdulillah . Allah masih sayang aku "

apabila suraya sudah ke kelas , nur menunaikan solat zohor . Al Quran digapai bagi mencari ketenangan agar hati ini tetap teguh dengan ujian . keselesaan tekak dan hidung yang kurang ini masih membuatkan aku mengaji semampu boleh . bahagia rasa .

" Alhamdulillah . Allah masih sayang aku "

nur tidak mahu terbaring sahaja . digagahkan diri menyiapkan kerja . mudah . terasa mudah dan ringan . penat tapi segalanya dimudahkan . eh tinggal sedikit sahaja lagi . jam sudah 3.30 petang . nur terpaksa berhenti dahulu untuk bersiap ke kelas .

panas terik . perit rasa kulit disambar terik mentari . tiba di kelas penghawa dingin melegakan . tapi cuma sementara . hidung pula mula tersumbat . aduh tidak selesanya . namun mata masih cuba fokus . dengan kemudahan untuk bernafas yang kurang ini , Allah izinkannya untuk fokus dan mampu menjawab soalan yang diajukan pensyarah . malah mampu juga membantu sahabat sekelas mengumpulkan wang bayaran buku . bahagia rasa .

" Alhamdulillah . Allah masih sayang aku "

kelas berakhir pada jam 5 petang . nur merancang untuk terus membeli makanan berbuka puasa . tidak perlu keluar 2 kali . kaki terus melangkah seorang diri . sahabat lain biasanya keluar pada jam 6 petang . tiba tiba nur terserempak dengan seorang sahabat cina-india atau cindia .

" i takut you pengsan come i teman you "

di saat dia berasa kurang kerana jalan berseorangan , Allah datangkan sahabat untuk menemani . bahagia rasa .

" Alhamdulillah . Allah masih sayang aku "

di bilik sementara menunggu azan Maghrib , tiba tiba teman sebilik nur pulang . dia marah marah mengadu betapa stressnya dia hari ini dengan pelbagai masalah . nur mendengar dan menasihati . minta dia bertenang .
azan pun berkumandang.

" alah makcik tu lupa letak nasi la . dia letak lauk je "

nur lantas membahagi dua nasinya . walaupun makanannya sudah kurang , nur rasa kenyang . bahagia rasa mampu membantu saudara sesama Islam . apatah lagi yang berpuasa .

" Alhamdulillah . Allah masih sayang aku "

selesai solat Maghrib , teman sebiliknya berkata .

" lepas ni nak ikut awak keluar . nak pusing pusing kampus cari ketenangan . nak pergi beli air lepas tu "

nur tersenyum .

" lebih baik ikut saya ke masjid , tarawih dan mengaji di sana . lebih tenang bukan . lepas tu kita pergi beli air "
teman sebiliknya mengangguk .

pulang dari masjid , sahabatnya berkata .

" tiba tiba hilang semua masalah . dah tak fikir dah semua beban . saya dah gembira balik . dah jumpa jalan penyelesaian "

sekali lagi hati nur berasa sayu .

" syukur Ya Rabb . hari ini penuh dengan kekurangan . namun segalanya membahagiakan aku . satu demi satu peluang kau beri untuk aku meraih redha Mu . terima kasih kau masih menyayangi aku "

No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .