Ummul Mu`minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan tentang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada 10 terakhir Ramadhan :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه
“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau mengencangkan tali sarungnya (yakni meningkat amaliah ibadah beliau), menghidupkan malam-malamnya dan membangunkan isteri-isterinya.”
Alhamdulillah .
sampai sudah ke peringkat yang seluruh umat ternanti nanti . peringkat di mana seluruh umat akan berlumba lumba , mencari redha Pencipta . diri hamba diserahkan seluruhnya kerana tahu dan yakin , akan lemahnya kita sebagai manusia . moga beroleh barakah daripada malam terhebat , malam seribu bulan , LAILATUL QADAR .
dari dasar hati , jujur . tahun ini Ramadhan jauh lebih bermakna . aku justeru mampu belajar berdiri atas nama Ramadhan itu sendiri tanpa perlu dipaksa . kalau dulu tarawih itu kerana peraturan mengarahkan semua pelajar ke masjid . kalau sudah disuruh ibaratnya badan sahajalah yang bergerak , hati agak keras untuk bergerak sekali .

syukur sekali lagi Rabb . percaturan Mu hebat sekali . di sini aku mampu berdiri sendiri . sudah lahir dari hati untuk mencintai fitrah diri sendiri sebagai Muslim . Ramadhan bukan lagi terlaksana atas nama peraturan dunia , tetapi kerana akur perintah Tuhanku , dan yakin bahawa perlunya aku mencari sejuta rahmat dalam bulan mulia ini .
sedih . ya aku sedih kerana bulan ini hampir pergi . cuma berbaki 9 hari lagi . baru sahaja aku ingin merasai nikmatnya bulan ini , lantas sudah mulai dia pergi . entah tahun depan aku berjumpa lagi atau tidak .
maka tekad tertanam untuk aku pastikan hari hari terakhir ini terisi . saat hamba lain berlumba lumba untuk meraih cinta Nya , mana mungkin aku cuma lena dibuai mimpi di atas katil empuk tanpa sedikit pun rasa kesal kerana Ramadhan sudah hampir meninggalkan aku . bodohlah aku andai tidak cuba langsung merebut ganjaran sedangkan Tuhanku telah berfirman :
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”.
(Al-Qadr: 1-5)
sahabat seagama . ayuh kita buru malam itu . sedangkan kekasih Allah berusaha mengisi malam malamnya dengan menghambakan diri kepada Rabb , inikan kita , yang diri penuh dosa dan maksiat . mahukah semua itu dibawa dalam perhitungan di Mahsyar nanti ? nauzubillahiminzalik .
Allahu . izinkan hamba Mu ini bertemu dengan malam yang kau rahsiakan itu . agar dapat aku mengecapi lazatnya beribadah kepada Mu . kerana tujuan hidupku hanya satu . untuk menggapai redha Mu Rabb . biar di dunia ini aku berpenat lelah asal di alam abadi kelak aku mampu beristirehat lega , kerana misi dunia terlaksana . amin ya rabbal alamin .
.jpg)
No comments:
Post a Comment