Thursday, March 21, 2013

pegang hati ini Rabb .

assalamualaikum ,

it has been a long time since the last post . busy . when you are 18 you will feel it .

alhamdulillah . sekarang aku belajar di kolej mara kulim . tajaan mara sampai phd . woww ! first impression orang bila dengar pasal program cemerlang usm yang baru ni .

jujur . bila fikir balik bertuahnya aku dapat program ni . majoriti yang dapat budak 4 flat kot . tapi aku biasa biasa . sampai 3.9 pun semput . walaupun dah nak masuk 3 bulan kat sana , i don't know why. i feel empty . aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak belajar . exam mid sem hari tu was like the worst selama usia aku bergelar pelajar .

jujur . aku tak tahu aku dah buat pilihan yang tepat ke ? keputusan yang aku buat dalam masa 4 hari sebelum aku pergi ni seolah olah bukan yang terbaik. bila emak tanya ,

'' adik rasa tak boleh bawa aliran sains ke ? nak tukar aliran lain ? ''

aku tiba tiba rasa ada jalan lain yang lebih baik untuk aku . but at the first place , kenapa Allah campak aku ke sini ? mesti ada sebab . mesti ada hikmah . mesti ada ! 

'' kalau kau tak kuat Allah takkan letak kau kat sana fadhilah ''

'' ramai orang nak masuk program ni tapi kau senang je rezeki dapat ''

'' kau kena kuat fadhilah , Allah uji orang yang mampu sahaja ''

'' belajar tu jihad . mana ada jihad yang mudah ''

'' kau boleh fadhilah , percayalah ''

kata kata yang boleh buat aku kuat , tapi cuma untuk sementara . Ya Allah . aku buntu .


esok keputusan spm keluar . Ya Allah satu lagi dugaan untuk aku . di tikar sejadah aku bermohon dan terus bermohon . berdebar . tersangat berdebar . aku tak tahu mana keyakinan aku . mana tawakkal aku . astaghfirullah . kembalikan tawakkal aku padamu Ya Allah . pegang hati agar lebih tenang dan kukuh kepercayaan kepadamu .

dan 3 minggu lagi sekali lagi aku akan berjuang . final semester 1 . makin kuat tekanan ini Ya Allah . kuatkan aku Ya Rabb . keluarkan aku dari kekeliruan ini . keluarkan aku dari tekanan ini . keluarkan aku dari kebuntuan ini . hanya kau tempat aku bergantung . hanya pada Mu . 

*tiba tiba hati ini rindu pada Baitullah . rasa ingin pergi ke sana lagi dan tak mahu kembali agar jauh daripada semua kekusutan . tenang . damai . tiada apa yang perlu difikirkan selain menikmati hari hari penuh ibadah kepada Nya .


kuantan . 21 mac 2013 . 0059 .

No comments:

Post a Comment

. i write my thoughts .

My photo
Mauritius
i found God .